[ Index · Back · Close ]
Tiket Murid

Tiket Murid

  1. Semua bayaran langganan Zoom-A yang disempurnakan melalui e-payment di atas talian oleh pihak sekolah, tiket murid akan disuntikkan ke dalam akaun sekolah secara automatik daripada sistem. Kemudian guru penyelaras boleh mendaftarkan akaun murid ini dengan menggunakan maklumat daripada APDM. (Rujuk Panduan Mendaftar Tiket Murid)
  2. Semua bayaran langganan Zoom-A yang disempurnakan melalui cek oleh pihak sekolah, tiket murid akan disuntikkan ke dalam akaun sekolah apabila cek itu sudah dilepaskan oleh pihak bank. Kemudian guru penyelaras boleh mendaftarkan akaun murid ini dengan menggunakan maklumat daripada APDM. (Rujuk Panduan Mendaftar Tiket Murid)
  3. Semua bayaran langganan Zoom-A yang disempurnakan melalui e-payment di atas talian oleh waris, tiket murid akan disuntikkan ke dalam akaun sekolah secara automatik daripada sistem. Kemudian para waris boleh mendaftarkan akaun murid masing-masing melalui ID dan PW sementara yang dimaklumkan kepada waris melaui emel dan sms. Pihak sekolah tidak boleh mendaftarkan tiket yang dilanggan oleh waris ini secara manual mahupun menggunakan APDM (Rujuk Panduan Mendaftar Tiket Murid)

RMK (Catatan) Tiket Murid

  1. Semua RMK tiket yang bertanda FXX bermaksud tiket percuma untuk tahun XX (Contoh : F23 bermaksud tiket percuma untuk diguna pakai bagi sesi persekolahan 2023)
  2. Semua RMK tiket yang bertanda MGBXX bermaksud tiket tajaan PGBM untuk tahun XX (Contoh : MGB23 bermaksud tiket tajaan PGBM untuk diguna pakai bagi sesi persekolahan 2023)
  3. Semua RMK tiket yang bertanda PXX bermaksud tiket yang dilanggan oleh pihak sekolah atau waris untuk tahun XX (Contoh : P23 bermaksud tiket yang dilanggan untuk diguna pakai bagi sesi persekolahan 2023)

C (Catatan Kupon) Tiket Murid

  1. Semua tiket langganan melalui e-payment yang dibuat oleh waris, ruangan "C" akan dicatat "CP". Tiket ini hanya boleh didaftarkan oleh waris sahaja dan tidak boleh didaftar dengan menggunakan APDM oleh pihak sekolah. (Rujuk Panduan Mendaftar Tiket Murid)
  2. Semua tiket langganan melalui e-payment yang dibuat oleh pihak sekolah, ruangan "C" akan dicatat "CS". Tiket ini boleh didaftar dengan menggunakan APDM oleh pihak sekolah. (Rujuk Panduan Mendaftar Tiket Murid)
  3. Semua tiket langganan melalui cek yang dibuat oleh pihak sekolah, ruangan "C" akan dicatat "Z1". Tiket ini boleh didaftar dengan menggunakan APDM oleh pihak sekolah. (Rujuk Panduan Mendaftar Tiket Murid)
  4. Semua tiket langganan melalui pembelian "Kupon", ruangan "C" akan dicatat "K". Tiket ini hanya boleh didaftarkan oleh pembeli sahaja dan tidak boleh didaftar dengan menggunakan APDM oleh pihak sekolah. (Rujuk Panduan Mendaftar Tiket Murid)

Maklumat Tiket Murid

  1. Setiap tiket mempunyai satu siri (Contoh : skgb-TS4185356L14J) yang unik. Tiket ini hanya boleh diguna pakai di sekolah dengan ID akaun skgb. (Contoh : skgb untuk SK Gua Burung)
  2. Setiap tiket mempunyai 2 akaun iaitu akaun murid dan akaun waris.
  3. Setiap akaun ini mempunyai ID sementara dan Kata Laluan sementara masing-masing yang berbeza.
  4. Contoh ID sementara murid, skgb-1-230003, 3942 (Untuk skgb / Murid tahun 1 / Tahun 2023 / No 0003 / PW = 3942)
  5. Contoh ID sementara waris, skgb-1-230003p, 3946 (Untuk skgb / Murid tahun 1 / Tahun 2023 / No 0003 / Untuk kegunaan waris memantau / PW = 3946)
  6. Bagi tiket yang sudah didaftar, IDnya akan dipotong dengan satu garis dan nama pemilik akaun akan dipaparkan dalam senarai.
  7. Semua tiket yang di "assign" sahaja tetapi belum didaftar (Activate), IDnya tidak dipotong dengan satu garis tetapi nama pemilik akaun akan dipaparkan dalam senarai.
  8. Untuk memadamkan tiket yang telah di "assign" iaitu untuk "Unassign", Tekan butang "Maklumat Murid" --> Cari tiket itu dalam maklumat Murid menggunakan enjin carian --> Tekan butang "Delete" yang terdapat pada penghujung siri tiket.

Mengurus Tiket Murid

  1. Semua tiket yang sudah diguna (Daftar), status tiket akan akan ditandakan dengan perkataan "Used".
  2. Semua tiket yang belum diguna (Belum Daftar), status tiket akan ditandakan dengan perkataan "Available".
  3. Admin boleh menggunakan enjin carian yang disediakan untuk mencari tiket yang dikehendaki mengikut status, tahun tiket dan lain-lain maklumat.
  4. Untuk memudahkan proses carian admin boleh tandakan tiket dengan "Bintang Kuning" kemudian tekan carian bintang kuning.

Mencetak Tiket Murid

  1. Semua tiket yang sudah diguna (Daftar) atau belum diguna (Belum Daftar) boleh dicetak secara berasingan satu persatu dengan menekan butang "Print" dihujung setiap rekod.
  2. Admin boleh mencetak tiket mengikut carian yang dikehendaki kemudian tekan butang "Form" dan cetak tiket murid atau tekan "Table" untuk mencetak list tiket.
  3. Admin juga boleh mencetak tiket yang sudah didaftar oleh pihak sekolah yang menggunakan maklumat APDM (Tiket yang mempunyai maklumat kelas) dengan menekan nama kelas yang terpapar dibahagian atas di sebelah paparan tahun. Sekarang boleh mencetak tiket atau list mengikut kelas.
  4. Admin sekarang boleh edarkan tiket ini kepada murid masing-masing untuk mengguna pakai Zoom-A. Bagi tiket yang belum didaftar, pengguna boleh mendaftar akaun masing-masing di Laman Utama dengan menaipkan ID dan PW di ruangan ID dan ruangan PW mengikut arahan yang tercetak di atas tiket.

[ Index · Back · Close ]