[ Index · Back · Close ]
Akaun Guru

a)       Apakah Itu Akaun Guru

  1. Akaun Zoom A guru disediakan secara percuma melalui kerjasama pintar PGBM dan OTESB kepada semua guru yang terdapat di setiap sekolah rendah yang telah mendaftarkan akaun Zoom-A.
  2. Akaun guru boleh dijanakan oleh pihak sekolah masing-masing melalui akaun admin Zoom-A sekolah tanpa merujuk kepada pihak Zoom A.
  3. Bilangan akaun guru yang boleh dijanakan adalah tanpa had.
  4. Akaun Guru ini membolehkan guru melayari semua program yang terdapat di dalam Zoom A, iaitu Zoom A, Galaeri A, Webmel dan Webedit.
  5. Ini membolehkan guru melaksanakan pemerkasaan PBD, PAK-21, Program NILAM dan PdP seharian kearah pendigitalan pendidikan dalam TS25 yang termaktub dalam PPPM.
  6. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian pertayaan segera melalui whatsapp 012 9836060 atau 010 445 3030

b)    Cara Menjana Akaun Guru

  1. Pergi ke laman menjana akaun guru dengan menekan butang "Guru" yang terdapat pada panel sebelah kiri.
  2. Tekan perkataan "New" yang terdapat pada bahagian atas laman untuk menjana akaun guru yang baharu.
  3. Jana ID guru yang baru dengan menaip IDnya dalam petak yang disediakan. ID guru hendaklah dimulakan dengan 'User ID Sekolah' (Contoh : skgb-ali).
  4. Jana ID yang paling ringkas kerana ID ini akan digunakan dalam hosting emel dan hosting laman sesawang guru. (Contoh emel guru : skgb-ali@zoom-a.com / Contoh laman sesawang guru : skgb-ali.zoom-a.com)
  5. Tekan butang "New" dan lengkapkan maklumat seterusnya yang dikehendaki oleh borang jika belum lengkap.
  6. Seterusnya menekan butang "Update" yang terdapat pada bahagian bawah borang. Proses penjanaan akaun guru pun selesai

       

c)    Melihat Dan Mencetak Senarai Akaun Guru

  1. Untuk melihat senarai akaun guru yang sedah dijana, tekan perkataan "List" yang terdapat pada bahagian atas laman menjana akaun guru.
  2. Untuk mencetak senarai akaun guru yang terpapar, tekan perkataan "Print" yang terdapat pada bahagian atas senarai. Sekarang senarai ini bersedia untuk dicetak.
  3. Kata Laluan akaun guru tidak ditunjukkan dalam senarai ini. Admin disyorkan menggunakan kata laluan sementara yang sama. (Contah PW : 123)
  4. Bila guru login akaun masing-masing nanti, guru boleh tekan butang "Profil" yang terdapat pada panel sebelah kiri dan menukarkan kata laluan masing-masing mengikut kehendak masing-masing.

d)    Kemaskini Akaun Guru

  1. Tekan ikon "Pen" yang terdapat pada senarai akaun guru.
  2. Sekarang boleh kemaskinikan maklumat guru mengikut perubahan yang dikehendaki.
  3. Tekan butang "Update" yang terdapat pada bahagian bawah maklumat. Proses kemaskini pun selesai.

e)    Guru Terlupa Kata Laluan

  1. Jika ada guru yang terlupa kata laluannya, admin boleh "reassign" kata laluannya kepada 123.
  2. Mula-mula tekan ikon "Pen" yang terdapat pada senarai akaun guru.
  3. Sekarang boleh "reassign" kata laluan guru mengikut perubahan yang dikehendaki.
  4. Tekan butang "Update" yang terdapat pada bahagian bawah maklumat. Proses "reassign" kata laluan pun selesai.

f)    Memadamkan Akaun Guru

  1. Admin boleh memadamkan akaun guru yang sudah berpindah atau sudah bersara.
  2. Tekan ikon "Tong Sampah" yang terdapat pada senarai akaun guru.
  3. Tekan butang "Delete" dan proses memadamkan akaun pun selesai.

[ Index · Back · Close ]