Markah Ujian |
Trek Rekod Markah Zoom-A
- Ruangan ini akan menyimpan semua trek rekod latihan kendiri murid dan juga pentaksiran guru yang pernah disempurnakan oleh pengguna.
- Para waris boleh memantau dan menyemak latihan dan pentaksiran yang pernah dibuat oleh anaknya mengikut tarikh, masa, masa menjawab, tajuk ujian, subjek, jumlah soalan, TP dan markah.
- Untuk melihat trek rekod ini secara terperinci, klik pada "tarikh / masa" pentaksiran tersebut dan tekan butang "Browse".
- Untuk kerja intervensi dan refleksi, pengguna boleh tekan butang "Buat Semula" dan jawab soalan itu sekali lagi.
Pentaksiran Formatif / Sumatif / Ujian Cikgu
- Semua pentaksiran guru yang disempurnakan oleh murid akan di rekod di ruangan "tajuk ujian" mengikut nama ujian yang ditetapkan oleh guru.
- Tahap penguasaan (TP) bagi setiap pentaksiran yang di sempurnakan oleh murid akan dipaparkan di ruangan TP sekiranya cikgu sudah selesai menganugerahkan TP bagi pentaksiran tersebut.
Pentaksiran Kendiri Murid
- Semua pentaksiran kendiri murid, di ruangan "tajuk ujian" akan di tanda dengan "-".
- Semua latihan intervensi (buat semula), di ruangan "tajuk ujian" akan di tanda dengan "redo".