Muat Naik Maklumat APDM |
Cara Untuk Muat Naik Senarai Nama Murid Daripada APDM
- Login portal Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) dengan ID dan PW anda.
- Muat turun maklumat murid mengikut tahun dan kelas dalam bentuk fail .xls. (Contoh : D6_Delima.xls)
- Admin boleh muat naik maklumat murid daripada APDM mengikut Kelas, tahun atau semua tahun sekali gus mengikut kehendak admin. (Peringatan : jangan baiki nama fail asal daripada muat turun APDM)
- Tekan butang "Murid" yang terdapat di panel kiri --> Maklumat murid --> import --> Kemudian muat naik fail D6_Delima.xls.
- Ulangi proses ini sehingga semua maklumat murid bagi setiap kelas untuk semua tahun dimuat naik ke dalam portal Zoom-A.
- Sekarang boleh menggunakan enjin carian yang disediakan pada laman ini untuk menyemak senarai nama murid mengikut kelas yang dimuat naik ke dalam portal Zoom-A daripada APDM.
Kegunaan Senarai Nama Murid Daripada Maklumat APDM
- Senarai nama murid ini membolehkan tiket Zoom-A didaftarkan secara berkelompok untuk mendapatkan akaun murid. (Lihat Panduan Mendaftar Tiket Murid)
- Senarai nama murid ini membolehkan jadual kelas diisikan secara automatik menggunakan maklumat daripada APDM. (Lihat Panduan Kelas Murid)
- Senarai nama murid ini membolehkan guru menjanakan Head Count murid dengan mudah. (Lihat Panduan Head Count)