1. |
Apakah itu Portal Zoom-A?
Portal Zoom-A ialah suatu program e-Pembelajaran eksklusif melalui kemudahan internet dirancangkan dan dikendalikan secara rapi, bersistematik, dan terkini untuk membantu para guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran ke arah memperkasakan keenam-enam teras dalam Dasar Pendidikan Digital oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). |
|
|
2. |
Bilakah Portal Zoom-A mula diadakan? Portal Zoom-A telah diadakan sejak tahun 2004 dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato' Mahadzir Bin Mohd Khir pada 20hb Julai 2004 di Hotel Grand River View, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. |
|
|
3. |
Apakah pengisian yang terdapat dalam Portal Zoom-A? Zoom A - Bank soalan yang mengandungi 450 ribu contoh soalan yang bersifat interaktif.
Galeri A - Pengisian sokongan termasuk perpustakaan digital untuk perlaksanaan program NILAM.
Webmel - Menyediakan emel murid untuk memenuhi elemen TMK dalam DSKP Kementerian Pendidikan Malaysia.
Webedit - Bahan pengayaan untuk murid mengenali HTML dan membangunkan laman web kendiri. |
|
|
4. |
Berapakah jumlah soalan yang terdapat dalam bank soalan Portal Zoom-A? Bank soalan Portal Zoom-A mengandungi 450 ribu contoh soalan untuk subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah sesuai diakses oleh murid tahun 1 hingga tahun 6. |
|
|
5. |
Adakah Portal Zoom-A boleh diguna bersama Portal DELIMA? Ya! Portal Zoom-A boleh diguna bersama Portal DELIMA. Guru DELIMA boleh embed Portal Zoom-A ke dalam Portal DELIMA.
|
|
|
6. |
Adakah soalan dalam Portal Zoom-A dibina mengikut DSKP terbaharu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)? Ya! Portal Zoom-A menepati dan meliputi semua sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke arah Dokumen Kurikulum Persekolahan 2027. |
|
|
7. |
Siapakah penggubal soalan dalam bank soalan Portal Zoom-A?
Gedung soalan dalam Portal Zoom-A dirancang rapi oleh Jabatan Panel Portal Zoom-A yang terdiri daripada guru sekolah yang berpengalaman dan pakar dalam setiap subjek.
|
|
|
8. |
Adakah Portal Zoom-A satu program pembestarian ke arah pendigitalan pendidikan?
Portal Zoom-A ialah program pembestarian yang terdiri daripada akaun sekolah, akaun guru, akaun murid dan akaun penjaga. Setiap akaun ini saling berkaitan antara satu sama lain seperti akaun sekolah dan guru boleh menerbitkan pentaksiran murid, memantau dan menganalisa hasil pentaksiran yang dilaksanakan oleh murid melalui akaun murid. |
|
|
9. |
Adakah Portal Zoom-A sesuai digunakan sebagai instrumen sokongan PdP dalam bilik darjah PAK-21?
Portal Zoom-A amat sesuai digunakan sebagai instrumen sokongan PdP dalam bilik darjah PAK-21 ke arah pemerkasaan perlaksanaan TS25 yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). |
|
|
10. |
Adakah Portal Zoom-A mampu melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) oleh guru? Portal Zoom-A mampu digunakan sebagai instrumen sokongan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) kerana soalan Portal Zoom-A menyediakan instrumen pentaksiran mengikut tajuk besar dan tajuk kecil yang dapat melaksanakan pentaksiran atas talian. Portal Zoom-A juga menyediakan platform untuk guru merekod Tahap Penguasaan (TP) murid di atas talian.
|
|
|
11. |
Adakah Portal Zoom-A mampu melaksanakan Pentaksiran Formatif oleh murid? Portal Zoom-A mampu melaksanakan Pentaksiran Formatif ini kerana murid boleh memilih soalan mengikut sukatan pelajaran seperti tahun, subjek, tajuk besar, tajuk kecil, dan aras kesukaran. |
|
|
12. |
Adakah Portal Zoom-A boleh digunakan untuk menyimpan eviden Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) murid oleh guru? Portal Zoom-A mampu digunakan untuk menyimpan eviden Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) murid di ruangan repot ujian. |
|
|
13. |
Adakah Portal Zoom-A mampu melaksanakan Pentaksiran Sumatif oleh guru? Portal Zoom-A mampu melaksanakan Pentaksiran Sumatif kerana guru boleh menggabungkan soalan daripada beberapa tajuk untuk dijadikan satu Pentaksiran Sumatif selepas menamatkan satu kurikulum atau beberapa kurikulum. |
|
|
14. |
Adakah Portal Zoom-A bersifat interaktif dan sesuai digunakan oleh murid sebagai bahan pentaksiran kendiri? Portal Zoom-A bersifat interaktif kerana menyediakan huraian dan talian hayat seolah-olah ada 4 orang guru pakar membimbing murid itu di rumah. |
|
|
15. |
Adakah Portal Zoom-A mampu melaksanakan digital homework bagi murid oleh gurunya?
Portal Zoom-A mampu melaksanakan digital homework melalui smart-homework Portal Zoom A oleh guru kerana soalan Portal Zoom-A dirancang mengikut tajuk besar dan tajuk kecil. Kami juga menyediakan buku smart-homework yang boleh dimuat turun pada halaman utama kami. |
|
|
16. |
Bolehkah guru memantau digital homework yang dilakukan oleh murid?
Ya! Guru boleh memantau digital homework yang dilakukan oleh murid melalui akaun guru atau sekolah. |
|
|
17. |
Bolehkah waris memantau digital homework yang disediakan oleh guru?
Ya! Waris boleh memantau digital homework yang disediakan oleh guru akaun waris atau murid. |
|
|
18. |
Bolehkah waris memantau pentaksiran kendiri digital yang dilaksanakan oleh anaknya?
Boleh! Waris boleh memantau pentaksiran kendiri digital yang dilaksanakan oleh anaknya melalui akaun penjaga yang diterima apabila melanggan akaun Portal Zoom-A murid. |
|
|
19. |
Bolehkah guru dan murid melaksanakan program NILAM dalam portal AINS melalui perpustakaan digital Portal Zoom-A?
Boleh! Perpustakaan digital Portal Zoom-A mampu digunakan untuk melaksanakan program NILAM dalam portal AINS kerana dalamnya terdapat 600 judul buku cerita mengikut Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil dan Bahasa Mandarin. |
|
|
20. |
Adakah Portal Zoom-A mampu membantu untuk merealisasikan perlaksanaan TS25?
Ya! Ini kerana Portal Zoom-A mampu merealisasikan anjakan ke 7 dan ke 9 yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). |
|
|
21. |
Adakah Portal Zoom-A mampu membantu untuk merealisasikan perlaksanaan Dasar Pendidikan Digital Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam era Artificial Intelligence (AI)?
Ya! Portal Zoom-A mampu merealisasikan perlaksanaan Dasar Pendidikan Digital Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana Portal Zoom-A mampu memenuhi keenam-enam teras dalam Dasar Pendidikan Digital Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sesungguhnya Portal Zoom-A ialah satu revolusi pendidikan digital yang holistik. |
|
|
22. |
Apakah kemudahan yang perlu ada untuk anak saya menyertai Portal Zoom-A?
Untuk mengguna Portal Zoom-A, anda hanya perlukan capaian internet dan peranti seperti telefon pintar, tablet atau komputer. |
|
|
23. |
Bolehkah saya memperoleh akaun demo Portal Zoom-A sebelum melanggan?
Boleh! Anda boleh memperoleh akaun demo Portal Zoom-A anda sebelum melanggan untuk diguna pakai selama 7 hari. Akaun demo ini boleh didaftar melalui butang Menu yang terdapat pada halaman utama Portal Zoom-A. |
|
|
24. |
Bagaimanakah caranya untuk melanggan Portal Zoom-A?
Langganan Portal Zoom A boleh dibuat secara atas talian melalui halaman utama kami www.zoom-a.com sama ada melalui sekolah ataupun secara peribadi. Anda boleh menonton video tutorial langganan di halaman utama kami. |
|
|
25. |
Berapakah yuran langganan Portal Zoom-A bagi setiap orang murid? Yuran langganan bagi setiap murid ialah RM20 setahun bagi satu sesi persekolahan.
|
|
|
26. |
Berapakah yuran langganan Portal Zoom-A bagi sekolah dan setiap orang guru? Akaun Portal Zoom-A sekolah dan guru disediakan secara percuma oleh PGBM. Penyelaras Portal Zoom-A setiap sekolah boleh mendaftarkan akaun Portal Zoom-A guru untuk semua guru di sekolah masing-masing melaui akaun Portal Zoom-A sekolah.
|
|
|
27. |
Berapa lamakah tempoh penggunaan Portal Zoom-A bagi setiap langganan yang dibuat oleh murid? Akaun yang dilanggan oleh murid boleh diguna pakai selama setahun mengikut sesi persekolahan.
|
|
|
28. |
Adakah Portal Zoom-A menyediakan bantuan bagi murid B40 yang tidak mampu melanggan? Setiap sekolah rendah di Malaysia disediakan 12 akaun Portal Zoom-A murid yang percuma untuk murid B40. Akaun ini disediakan oleh pihak Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM).
|
|
|
29. |
Bolehkah guru mendaftarkan akaun Portal Zoom-A murid melalui APDM dengan satu sentuhan di hujung jari? Ya! Guru penyelaras boleh mendaftar akaun Portal Zoom-A murid secara berkelompok dengan menggunakan data APDM.
|
|
|
30. |
Bagaimanakah cara untuk menghubungi pihak pengurusan Portal Zoom-A? Pihak pengurusan Portal Zoom-A boleh dihubungi melalui talian pertanyaan segera 0129836060 atau 0104453030 atau 0105212020.
|
|
|
31. |
Bagaimanakah untuk mendapatkan maklumat berkaitan Zoom-A?
Website Zoom-A: https://www.zoom-a.com
Facebook : https://www.facebook.com/zoomapage
Telegram : https://t.me/zoomaonetouch
|
|
|
|
|
|
|
|