Cara melengkapkan nama Kelas bagi setiap tahun untuk sekolah anda
a) Menggunakan Maklumat Murid Daripada idMe
- Login portal Aplikasi Pengkalan Data Murid dengan ID dan PW anda.
- Muat turun maklumat murid mengikut tahun, kelas atau sekolah dalam bentuk fail .xlsx. (Contoh : D6_Delima.xlsx / D6.xlsx / v2018_muatturun_JBAxxxx.xlsx )
- Tekan butang Murid yang terdapat di panel kiri --> Maklumat murid --> import --> Kemudian muat naik fail D6_Delima.xlsx. Kemudian tekan butang "Import Now".
- Ulangi proses ini sehingga semua maklumat murid bagi setiap kelas untuk semua tahun dimuat naik ke dalam portal Zoom-A.
- Sekarang tekan butang kelas dan boleh menyemak nama kelas yang dimuat naik ke dalam portal Zoom-A mengikut idMe.
b) Taipkan Nama Kelas Sekolah Anda Secara Manual
- Untuk menaipkan nama kelas anda secara manual, anda perlu tutup penggunaan aplikasi idMe yang dimuat naik.
- Tekan butang Murid --> Maklumat murid --> import --> "untick" use "Maklumat Murid" dan update.
- Tekan butang "Kelas" yang terdapat pada panel di sebelah kiri dan taipkan nama kelas bagi setiap kelas mengikut ruangan tahun yang disediakan.
- Setiap kelas ditaipkan dalam satu baris.
- Tekan update dan proses taip nama kelas pun selesai.