Fungsi Senarai TP Dan Eviden
- Ruangan ini membolehkan guru dan pihak sekolah merekod TP murid secara auto atau menggunakan sistem.
- Ruangan ini membolehkan guru dan pihak sekolah menyimpan eviden digital dan melihat hasil ujian murid secara berasingan.
- TP yang direkod di ruangan ini akan dipamerkan sebagai "indicator" pencapaian apabila murid atau waris melihat "Track Rekod" ujian melaui butang "Markah" di akaun masing-masing
Merekod TP Secara Auto
- "Tick" petak "auto TP" kemudian tekan "Update.
- Penjanaan TP melalui sistem ini memerlukan minimun 10 soalan untuk berfungsi.
- Bagi ujian yang mengandungi kurang daripada 10 soalan, agihan TP mesti dibuat secara manual.
- TP yang dijanakan oleh sistem hanya merupakan satu TP cadangan. Pengguna perlu murnikan TP ini kembali mengikut penilaian sendiri.
Merekod TP Secara Manual
- Isikan TP murid berdasarkan pencapaian dengan memilih TP yang betul.
- Tekan butang "Update" untuk menyimpan rekod.
Padam Semua TP
- Tekan butang "Clear All TP Rekod" untuk memadamkan semua TP.
- Ini mebolehkan pengguna agihkan TP yang baharu samada secara manual atau auto.
Melihat Eviden
- Tekan pada pautan nama murid, eviden untuk ujian yang dibuat oleh murid akan dipamerkan.
- Pengguna boleh membuat semakan ujian yang dilaksanakan oleh murid.
Memadamkan Rekod Ujian Murid
- Jika ujian yang dilaksanakan oleh murid adalah kurang sempurna dan murid perlu menjawab ujian tersebut semula, maka ujian lama perlu dipadamkan supaya markah baharu dapat direkod.
- Markah ujian kali pertama sahaja akan direkod di sini walaupun murid menjawab ujian yang sama beberapa kali.
- Untuk membolehkan markah baharu direkod, tekan butang tong sampah dan padam rekod yang lama.
- Kemudian minta murid tersebut menjawab ujian itu semula.